Ragam Bloggers Terhebat Abad Ini!

WRITTEN BY : Arep Skema TIME : 11:13 PM TOTAL COMMENTS : 4

Okay, padan muka aku, bukak bukak Akaun Gmail,teruss, amik kau, duaribuplusplus email masok, tak terbaca dehh. Tulah pasal, dekat cecah sebulan tak bukak Gmail. kan dah kena. Terpuising pusing jari nak MARK ALL AS READ . Okay, lantak lah, aku cakap panjang bejela jela pasal padan muka aku pun bukan korang amik kesah kan. Korang baca je kan. Bukan nak komen. *Emosi sekejap* .

Kan kan. Dah lama tak buat cerita kan. Okay itu malas namanya,. Memang malas nak tulis tulis ni, nak tekan tekan ini butang keyboard yang ada huruf huruf ni. ee!! Celaka betul. Takda idea, itulah masalah blogger, bila dah duduk depan komputer, dah sign in blogger. bila nak taip. Mulalah idea entah kemana menghilang. Aku pun dah takda topik nak cakap. Aku tengok blogger yang lain, macam macam fakta diorang sumbat dalam entry diorang. Wah! bagus,, aku pun nak buat tapi tak ada fakta .*bukan takada, malas nak cari*

Aku kadang naik jeles tau. tengok blog orang lain. Rupa blog bukanya cantik sangat, macam rumah tak siap je aku tangok. Tapi dia punyak cerita, fuhh, memang terbaek. Macam macam ada. Fakta, info. Luahan perasan. macam macam lagi lah. Yang ada, blog cantik gila babeng. Siap berhias hias macam anak artis antara planet. Tapi, huh! Cerita entah apa apa je kan. Kalau boleh, malam tadi dia kena gigit nyamuk pun nak cerita sampai 4-5 peranggan. Pasal nyamuk  je tu. haisshh..

Yang ada, blog tak seberapa jugak, cerita pun okay okay je. Entry pun baru seciput je. Tak lebih 20 entry. Tapi amik kau! Follower dah macam bala tentera aku tengok. Siap banyak gila babeng kan. Memang lah setiap blogger nak banyak followers, kalau boleh sapa paling banyak dia lah yang paling hebat abad ini. Apa jampi fuhh fuhh yang dia pakai? Aku pun tatau. Mesti dia kuat promote nama blog dia yang tak seberapa tu dekat mana mana pelusok tempat mempromte blog kan. haiishh. Macam macam lah.

Yang ada, macam macam lagi lah bentuk ,identiti para bloggers ni. Ada lebih itu, ada lebih ini. Ada kurang itu, ada kurang ini. Sebanarnya, aku dah takda benda nak cakap, ni pun sebab nak update je, sebab dah lama tak update.

ps/: malas aku nak letak tulisan berwarna warna. Penant hoh, untuk entry ni je lah. =='
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

4 comments:

  1. suka bace entri pasal karenah blogger .

    ReplyDelete
  2. haha nyamuk2...kelakar..aku pun sedang mencari2 ilmu yg digunakan u..errr...

    ReplyDelete
  3. @iMBobo
    haha, nyamuk je kan. . huh, teruskan mencari :)

    ReplyDelete

Dah baca kan? Komen lah sikit. Sikit pun jadilah.
Fikir sebelum menaip. ;)