Ohh Kuala Lumpur!

WRITTEN BY : Arep Skema TIME : 9:30 PM TOTAL COMMENTS : 2

Okay hai Assalamualaikum semua orang dunia dan luar dunia. Kalau nak tahu saya tengah penat ni. Saya tengah ngantuk sangat sangat. Tanyalah kenapa.. *takperlu buat* . Okay sebabnya baru balik dari trip ke Kuala Lumpur lah. Series penat gila. Ngantuk lebih. Enjoy lagi lah megalebihplussplus! Sekarang pun masih letih, ngantuk. Okay ni nak cerita lah serba sikit banyak masa dekat sana.

Bertolak dari sini dalam pukul 11.30 gitu lah kan. Dalam bas memang best gila lah kan, macam orang tak pernah naik bas eksprees semua orang. *Okay aku tipuu* . Dalam bas macam biasa jelah kan. Ingatkan aku nak duduk seat bahagian tengah. Tapi kaum hawa dingin dah konker semua. Kenelah duduk belakang. Nak duduk depan,semua cikgu duduk depan. Tak nak aku. ehehee. Tapi duduk belakang kira okay lah kan. dapat tengok gelagat dan celoteh si manja kaum hawa yang dekat depan depan tu kan. Tak kurang juga kepada mamat mamat yang duduk belakang sekali. Terutamanya hakim. sepanjang masa nak rakam video. Selepas beliau memberi kenyataan beberapa hari sebelum bertolak, beliau menyatakan yang dia nak membuat Filem pendek katanya ya. Filem pendek berkaitan dengan lawatan ni. * okay, aku dah macam pemberita pulak ye. ayat macam nak kena simbah asid je*.

Masa dekat masjid putrajaya, terkedu lah siak aku tengok, yelah,aku ni first time jejak kaki dekat situ bhai.. Macam ehh ehh. fullamak lah kan perasan. Tu baru tngok luar. masuk dalam je perhh terus pengsan. *aku tipu* ,. ahaha.  Series ak terpegun tengok masjid putrajaya tu. Masuk je, terus amik wuduk, then terus solat subuh. Lepas solat je terus mandi. Then keluar. Tapi yang bikin spoil macam nak mati ni. DSLR aku aku tinggal dalam bas. Aku memang tinggal sebab takut masa mandi kang kena kecau dek mamat mamat yang berkenan dengan DSLR aku tu. Dahlah permandangan time subuh yang sejuk tu style lah semua tempat. iisshh!!! macam menyesal pulak tinggal dalam bas. grrr!!! bingai betui~

First place kitaoang pergi, tempat yang ada macam tasik tu. Wetland eah namanya?? ehehe,, entah, tatau aku. OKay tempatnya memang style aku suka sebab permandangan landscape nya memang cantik. lagi lagi aku suka amik gambar landscape. dah kena lah tu kan. ehehe. dekat sini memang best tempatnya. tengok orang naik apabenda alah tah dekat air tu. ehehe. *semua aku tatau*. Banyak perkara best berlaku dekat tempat ni. tapi aku sengaja taknak cerita sebab malas nak taip.

Then ,kitaorang pergi Pusat Sains. Okay,tempat ni pun aku first time jejak kaki kiri mahupun kanan. Seronoks sangat. Macam macam ada. Ikan ada, fish ada. denesor ada. then benda benda berkaitan sains ada banyak. Menarik sangat. aku suka. ada yang boleh dicuba. Maksud aku,ada benda yang boleh kita tekan button, tehn ada effect pape ke. Tapi aku tak cuba sebab aku photohgrapher. Cuma amik gambo budak budak yang pergi tu. :D
Lepas habis enjoy dekat Pusat Sains tu, kitaorang terus bertolak ke Menara Kuala Lumpur. Okay aku sampai tergolek sebab aku dongak ke atas tengok ketinggian Menara KL tu. *okay padan muka korang. sebab series aku tipu*. Takdelah, selalu tengok dalam gambar, tibi, menara tu nampak kecik, sekali face-to-face hambbekk kawww!! gedabak bak bai! Masuk masuk je terus ada orang tunjuk tayangan pasal sejarah menara KL ni. yang lucunya bagi aku. aku sampai tertidor tidor tau, dah lah duduk depan sekali, tapi nasib baik orang tak nampak sebab tempat tu gelap. then semua fokus dekat tayangan tu. ehehe.. 

Then raound raound dekat bahagian atas. Aku dapat beli 2 gelang je. Lain tak dapat beli. Sebab macam tak menarik koot barangan kat situ. *memandai je aku ni*. Yang paling best tapi tak seronok nya masa dekat sini. Aku, omar dengan haikal adalah budak yang paling last turun tahu. Maksud aku, kitaorang bertiga tertinggal dekat belakang, budakbudak yang lain dah  sampai kat bawah dulu. kitaorang masih terpinga pinga dekat atas. So apalagi, masing masing buat muka cuak lah. Tapi last last kitaorang terus je naik lif follow tourist entah dari negara mana tu. turun kebawah. Nasib baik sekali turun je, nampak budak budak yang lain. So terus kitaorang jerit kuat kuat " apa kaw?! kitaorang tak sesat lah. kitaorang tak cuak lah, kitaorang berani lah ni!'  *ahaha,, saya kan tipu je tu,jangan percaya dialog tu*.

Ini part yang paling bestt. masa dekat Time Square, uhuhuh. Tempat dah lah besau gedabak. bertingkat tingkat lah kan. Sampai je terus pelahap KFC. Series lapar gila time tu. Makan ikut suka je. lepas ber'kepsi kan. kitaorang terus solat asar. Lepas tu ,,ehehee,enjoy lah kan kat tempat yang ada roler koster dan berbagai lagi tuh kan. Masa nak  masuk,perh bapak ah.. kecut gila aku. Yelah aku tak boleh naik benda benda macam ni. gerenti 180% aku akan muntah terbahak bahak lepas naik. Tapi lepas masuk tu, aku cuma  main kereta yang langgar langgar tu dengan naik benda alah yang pusing pusing tu. bukan topgun or sotong kurita tu. pandaipandai lah imagine eah. aku tatau namanya. Naik tu je pun aku dah mula rasa pening,loya then dah nak termuntah. tapi allhamdulullah lah takada pape. pheww~

Aku dengan budak budak yang lain keluar awal dari situ sebab nak shopping. Yang lain tengah dok enjoy kat dalam tu lagi. Kitaorang apalagi, raound lah dekat Times Square tu, tapi tak lama lah. sebab nak kena berkumpul dalam pukul 9.00-9.30. Aku cuma beli headphone je. Cukuplah tu sebab masa untuk kitaoran bershopping pun tak banyak kan. So okay lah tu.
Then kitaorang bertolak balik dalam pukul 9.30-10.00 gitu kot, aku tak tengok jam.ehehe,. then sampai rumah pukul 1.00 pagi jugak lah kot. terus tidur.

-Okay, tak banyak sangat yang aku cerita, sebab taknak panjang panjang. Aku cerita apa yang aku nak je
-Nak tengok lagi banyak gambar gambar yang aku capture. Tengok dekat Facebook aku [ Search=Arep Skema ]

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

2 comments:

  1. @ct N honey
    Memang ada gambar,, add FB saya lah, [ Arep Skema ] ,dekat album dalam tu ada gambar gambarnya, :)

    ReplyDelete

Dah baca kan? Komen lah sikit. Sikit pun jadilah.
Fikir sebelum menaip. ;)