Janji...

WRITTEN BY : Arep Skema TIME : 1:02 PM TOTAL COMMENTS : 2

Janji. Ape tu janji. Entah lah eak. haha. Aku tahu lah janji tu apa. Cuma sukar nak dijelaskan dalam bentuk perkataan atau ayat yang panjang lebar. Boleh dikatakan semua orang dekat dunia ni tahu apa itu janji, erti janji, dan cara melaksanakannya. Yee. Kita tak pernah terlepas dengan janji dalam hidup kita. Walaupun janji yang kita pegang itu besar atau kecik mana pun. Ia tetap janji.


Janji. Jika kita bercakap tentang janji. Mesti kita akan melaksanakan janji itu walaupun sesukar mana pun. Janji tidak boleh dibuat main-main. Jika kita seorang yang bertanggunjawab, kita akan bersungguh-sungguh melaksanakan apa yang telah kita janjikan. Jika kita sebaliknya. Mungkin kita sendiri yang akan menerima akibatnya.

Janji. Dimana-mana sahaja, atau dalam keadaan apa pun mesti ada janji. Kebiasaannya di dalam percintaan. Boleh dikatakan janji wajib ada dalam satu pasangan. Janji untuk terus setia, janji untuk sehidup semati, janji untuk berubah, dan macam- macam janji yang akan kita hadapi jika kita di alam percintaan. Dan yang paling penting sekali, janji dalam percintaan tidak boleh sesekali dipermainkan, atau di buat endah tak endah sahaja. Kelak kita akan menyesal. Jika, ingin menjanjikan sesuatu. Tengok keadaan. Pastikan dalam situasi yang sesuai,dan mestilah kita yakin yang kita mampu untuk membawa janji itu kemana-mana, dan akan melaksanakan tanpa cacat cela.

Janji,  terlalu meluas untuk diterangkan. Setiap orang haruslah tahu akan makna janji. Janji harus dipegang. Seperti peribahasa, lembu dipegang pada tali, manusia dipegang pada janji! Jadi, jangan sesuka hati memeterai janji kalau kita tidak mampu untuk melaksanakan janji tersebut.

-Entry ni tak di 'copas' [copy & paste] dari mana mana. Hak cipta terpilihara sendiri lah :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

2 comments:

Dah baca kan? Komen lah sikit. Sikit pun jadilah.
Fikir sebelum menaip. ;)