Program Pemantapan Rohani Bersama Kelab Iqra' UTHM

WRITTEN BY : Arep Skema TIME : 10:13 PM TOTAL COMMENTS : 0
Haahh,, okay, semalam baru balik dari UTHM, ada Program Pemantapan Rohani Bersama Kelab Iqra' UTHM, fuhh series penat gilar lah kan. Okay okay,aku cerita sikit demi sedikit eah. 

- Klik untuk tumbesaran.
- Credit= Search dekat facebook 'Nur Fatihah'
- Klik untuk tumbesaran.

15 APRIL 2011, JUMAAT
-Sampai sekolah pukul 4.15 gitu lah, kalau tak sampai awal,tapi sebab aku amik Nazreen sekali,tu yang late sikit. Then jalan jalan sekejap, so dalam pukul 5.or lebih bape minit tu baru gerak. *masa aku tak pasti sangat sebab aku taktengok jam masa tu*. Bas ada tiga, bas lelaki, bas perempuan, dengan bas lelaki perempuan [campur lah]. Sampai sana dalam lebih kurang pukul 7.00 or lebih sikit, lambat sebab ada hal dalam perjalanan. Sampai sampai je terus solat Asar dengan Maghrib. Then ada makan makan kejap, lepas Isyak. Lepas tu aku lupa lah pulak, series,aku tak ingat betul masa hari jumaat tu, apa aktiviti aktiviti masa kat sana tu.haha.. Aku pendekan cerita lah eah. Mandi pun dah malam sangat sangat. 
-Malam tu ada aktiviti,aku dalam kumpulan aku tu ada 5 orang, aktiviti pasal diri kita, Abang yang handle kita namanya abang Azlan, kitaorang panggil abang Lan je.baik je orang nya, yang aku ingat,dia suruh kitaorang bayangkan keluarga kita dalam bentuk haiwan atau buah buahan,then suruh lukis, lepas tu kena bentangkan apa yang kita lukis tu. Aku buat lukisan Epal dengan Durian.
-Mula mula cikgu cakap tidur dekat Dorm sana,tapi abang Faci kat sana cakap budak lelaki tidur dekat dewan je. *watdehello hello?* kat lantai pulak tu, selimut dengan bantal pun taknak kasi. haiiyooh! Perempuan tidur atas katil maa.. mana aci kan. 

16 APRIL 2011, SABTU
- Bangun pukul 5 pagi, aku rasa aku bangun paling awal kut. sebab dah terbiasa kut,*eleh,mana ada terbiasa*. Sebenarnya, beberapa minit sebelum pukul 5 tu, aku dah bangun dulu,tapi aku tengok budak budak yang lain terbongkang lagi, tapi abang abang Faci tak tidur, so aku pejam lah mata lalgi,tapi tak tidur lah, just pejam je. then baru aku bangun sebab abang Faci dah mula kejut budak budak. Then pergi mandi, terus pergi solat Subuh berjemaah. ada tazkirah kejap. Lepas tu sarapan. sarapan mee goreng.
-Lepas tu ada aktiviti,round keliling perpustakaan kat UTHM, semua budak dibahagikan kepada 9 kumpulan, aku kumpulan nombor 4, okay,ada 5 orang dalam kumpulan aku tu. Abang Faci yang handle kitaorang masa tu memang baik, orang Sarawak, namanya Sidek. Aku suka. Dia slow je. Bukan slow tu lembab maksud aku,macam tenang je lah orang nya. gitulah maksud aku. Dia bawak kitaorang ronda ronda dekat perpustakaan UTHM tu, makk ooii,, memang library tterbesar pernah aku tengok lah kan. series, 5 tingkat, masuk tingkat satu,tengok besar je,naik tingkat dua, ehh, bentuk,rupa, kedudukan almari, lif ,kerusi sama je dengan tingkat 1, tingkat 3,4,5 pun sama jugak.wahh terbaik lah kan! 
- Lepas tu, ada aktiviti tiup belon,lepas tu kena pecahkan belon orang lain,tapi kena jaga belon kita,jangan sampai orang pecahkan belon kita,kalau pecah out lah jawabnya tapi aku bertahan sampai akhir, sebab tak ramai nak pecahkan belon aku, haha,, :P :P. Tak berani semua nak dekat dengan aku. hahaa. Lepas tu makan, sedap gilar, ayam masak merah kut, tak pun masak tomato,*tak pasti lah aku main ngapp je* shedap gilar, n tu memang lauk fav aku lah.
- Petangnya tu ada macam aktiviti Adventure lah kan, *lupa pulak namanya* ,tapi mula lewat sikit sebab hujan punya lah lebat yang amat. So Solat Zohor dulu. Sebelum aktiviti Adventure tu, kitaorang ada buat aktiviti yang tak dirancang, yelah,sementara tunggu hujan berhenti. Buat bulatan besar besar, then adalah kena buat itulah,ini lah, tepuk tangan, kena nyanyi ramai ramai. Memang best gila lah! Tak boleh dilupakan.
- Hujan berhenti, terus mula lah aktiviti adventure tu , setiap kumpulan kena pergi setiap CheckPoint CheckPoint yang ada kat mana mana, kalau dah jumpa, adalah benda yang disuruh buat, hehee, memang best lah, tak silap aku ada 10 or 9 CheckPoint kut. tapi group kitaorang tak pergi 2 or 1 checkpoiint sebab tak cukup masa. Then terus bertolak balik ke dewan. Terus mandi mandi. Lepas solat Isyak,makan lagi,hehee.*eh ada makan ke? lupa lagi aku*
- Malamnya pulak memang best ,,haha,, tak boleh blah lah,sebabnya kenapa? sebanya ada program muhasabah diri,alah,yang kena nages nages tu. Kena mintak mintak maaf. Yayaa, aku cuba untuk menagis,tapi air mata tak keluar,sebab ngantok gila babeng.bila nak pejam je, macam terus nak tertidor,haha,macam mana nak keluar airmata kan. haha, Si nazreen memang aku respect lah, memang feeling gila dia. hehee. Habis sampai lebih kurang pukul 1 jugak lah, bapak ah,ngantok tu sila jangan cakap eah, memang dah tak boleh tahan maaa. Ada makan roti ngan minum malam,terus landing tidur,hahaha.

17 APRIL, AHAD.
- Masa nak bangun pagi tu, lambat sikit, aku lah bangun paling awal kalau tak. Tapi pukul lima aku bangun tengok semua tengah tidur lagi,termasuk abang abang Faci, pukul 5.30 aku bangun lagi, tapi masih sama lagi, semua tidur lagi. Pukul 6.00 aku bangun,okay,ni baru betul,abang Faci dah mula kejut semua budak,hehee, terus pergi mandi semua,tapi aku tak mandi lagi sebab takut tak sempat nak solat subuh, so terpaksalah solat subuh dulu,baru pergi mandi. hehee. Lepas tu sarapan nasi lemak. sedap jugak masakan kat sana. Lepas tu kemas kemas barang dengan tempat kitaorang menginap tu. kira gotong royong lah kan.hahaa
- Lepas tu beg dah parking kat luar dewan,terus pergi kat dewan lagi satu,ada majlis penutup. Bhai, bengang masuk,sebab perempuan dah ada kat situ,hahaa,. bengang tak bengang, terpaksa lah buat muka tembok. kan kan. hahaaa, terus duduk kat belakang sekali. Then barulah mula majlisnya. Habis lebih kurang pukul berapa entah,aku tak pakai jam masa tu.
- Then terus balik, tapi yang paling "best" nya, nak balik tu, naik satu bas je, bas pun macam bas Maju je aku tengok.,bunyik sana sini.  Bas ulang alik pulak tu, lelakis pergi dulu,then baru perempuans. hahh!, kesian kat perempuans. kena tunggu lama sangat.

PERKARA YANG BEST DEKAT SANA
► Aku tak sangat pegang kamera aku, tapi aku kasi dekat sorang abang Faci dekat sana, kerja dia memang amik gamba dengan rakam kitaorang. so Sekali arung lah dia amik gamba guna kamera aku.
► Makanan dekat sana memang sedap sedap. 
► Abang abang dengan Akak akak Faci memang spoting habis

PERKARA YANG AKU TAK BEST DEKAT SANA
► Kat sana memang kekurangan air dalam badan. Nak beli tak boleh. haus je memanjang.
► Masa makan, air cuma dapat dua cawan je, padahal makan satu dulang 4-5 orang.
► Tidur kat atas lantai, tak ada bantal.

- Laman Web UTHM = http://www.uthm.edu.my/v2/- Facebook Kelab Iqra' = Search ' Kelab Iqra' UTHM ' / ki_uthm@hotmail.com- Blogger Kelab Iqra' UTHM = http://ki-uthm.blogspot.com/

→Nak tengok gambar gambar lagi banyak masa kat sana, pergi Add Facebook aku [ Arep Skema ], then tengok gambar tu dalam Album Program Pemantapan Rohani. okay.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments:

Post a Comment

Dah baca kan? Komen lah sikit. Sikit pun jadilah.
Fikir sebelum menaip. ;)