10 Perkara Yang Saya Tak Suka!

WRITTEN BY : Arep Skema TIME : 12:04 PM TOTAL COMMENTS : 0
Assalamualaikum semua dan selamat sejahtera. Hari ini hari ahad,esok dah mula nak sekolah balik, homework tak tengok langsung, *saya kan budak skema* . Nanti lah saya buat kalau homeworknya ade.hehe. Hari ni, di pagi yang mulia ni *dah nak masuk tengahari lah*. saya nak bercakap,menerangkan, menyuluhkan, mencakapkan, memberitahukan kepada korang semua tentang apa,sesuatu,benda,perkara atau apa apa je yang saya tak suka! Yang saya Dslike lah,kan kan. Yayaa,lama dah nak buat entry pasal ni,tapi malas je, ni pagi pagi ni baru nak buat sebab tak ada cerita lain yang nak diceritakan.


1.  Perokok dan Rokok
► Yayaa,, saya [budak skema] paling tak suka orang,tak kisah lah lelaki atau perempuan yang hisap benda alah tu. eww. Tahu tak,bau benda 'najis' tu boleh buat kepala skema pening tahu! Ada satu masa  boleh sampai nak muntah tauk. ewwekk uwekk!!. Eh,yang hisap 'najis' tu, eh,janganlah hisap depan aku eah,tak pun yang dah lepas hisap tu,jauhilah aku,sebab bau dia lekat kat baju korang tahu, then mulut tu,jangan cakap lah, busuk yang amat, aku lebih sanggop bau longkang yang paling busuk dekat dunia ni daripada bau rokok tu,okay. So , kalau hisap depan aku,then nak hembus hembus kat muka aku asapnya, memang sekelip mata masa tu jugak kasut/selipar aku masuk anak tekak kaw. shhiiiuu!!! pap! guullkk...errkkkxxx erkkxx. *gitulah umpama bunyiknya*

-Buat sendiri dekat Paint, Buruk kan.hakhak.
2. Ungkit Mengungkit
► Ini lagi satu hal , skema paling benci kalau benda ni terjadi, Okay lah, aku bagi satu contoh, macam dalam situasi aku kena marah,tak kisah lah dengan sapa, padahal menda kecik je, memang kecik sangat, then marah marah, nanti senyap sekejap si pemarah aku tu, lepas tu boleh pulak sambung marah,tapi ungkit pasal kesalahan aku yang lama lama, eh,jangan lah buat macam tu. Benci tahu tak, agak agak lah kan,nak marah,marah lah,aku tak kesah,tapi tapaya lah nak memanjang lebarkan kemaraham kaw tu dengan ungkit kisah silam aku kan. Tapaya lah buat eah, tak pasal pasal,kalau limit aku dah meletop, jangan salahkan aku kalau lidah kaw terbelit dekat rim kereta,lepas tu aku suruh kereta tu buat drift 24 jam. Nak?!

3. Nak Cakap,Tapi Tak Nak Pulak
► Okay yang ini agak bingai sikit lah kan. Skema tak benci,tapi tak suka sangat, cuba lah bayangkan lah, Aku tengah duduk sorang sorang,then adalah orang sekelas ni,tengah cakap cakap,then ketawa ketawa, then salah sorang tu datang kat aku,dia cakap, "eh,arep nak tahu tak?" ye aku jawab, nak lah kan. Lepas tu dia cakap,eh takpelah, lupakan jelah. Eh agak agak lah kan, tahu tak yang aku ni dah lah tengah layan emosi, yang korang tu dah macam buat aku macam anak patung pulak, rasa macam diperbodoh bodahkan ada jugak.  Lepas tu bila aku tanya,kaw ketawa ketawa, macam menghina aku jee. Eh agak agak eah, tak pasal pasal sorang sorang balik tak pakai kain kang.

4. Marah Depan Orang Ramai
► Wah wah,ini lagi satu yang aku hangin bai. Korang pun tahu kan,budak skema kan pemalu,then kuat ke'bengang'an nyya kan.  Jadi kalau sesiapa yang tengah marah kat aku tu,tapaya lah nak marah time ada orang ramai masa tu. Tahu tak, menjatuhkan maruah aku tau! Ingat aku ni kambing ke? Aku kalau ada orang buat macamni, memang otomatik hati aku dok menyumpah nyumpah mahkluk durjana yang marah aku depan khlayak ramai ni. Aku buat dengar tak dengar je apa yang dai marah tu. Pergi mati lah kamuu kan. Benci tahu!

5. Cakap cakap nama Family
► Eh bingai, jangan lah nak buat macam tu kan, tak sayang mulut? Ke kaw tak ada mak bapak ? nak cakap cakap [ejek] nama parents pulak. Anggapan aku bila orang buat sedemikain memang terus korang dilabel sebagai anak haram,anak luar nikah kan. Yelah kan, kan diorang tak ada mak bapak, tulah pasal nak ejek ejek nama parents orang lain. Eh pergii mati lah kamuu. Dekat kelas aku ada sorang mamat yang buat perangai macamni. Yaya,,dia orang paling top yang aku benci! Searh Apish Ohh Apish dekat FB.*amik kaw,aku terus jujur cakap nama beliau dekat sini* Macam nak kena sepakterajangmasoklongkang ini mamat!

6. Paksa Memaksa
► Hmm, ini pun saya tak menyukai sangat. Setiap orang ada pendirian sediri,boleh buat keputusan sendiri. Saya tak suka kalau ada orang yang nak paksa paksa buat something. eh, aku tahu lah nak buat bila benda tu. Tapaya lah masa tu suruh masatu jugak nak buat, kan. Elok elok nak buat dengan tenang,dah jadi tak tenang sebab dipaksa!

7. Aku Bizi, Jangan Suruh Aku.
► Okay,maksud Skema disini ialah,, korang pernah alami tak perkara macam ni. Contoh lah, korang tengah berblogger,atau berfacebook,atau buat homework. Then tak memasal ada orang suruh buat itulah inilah. Padahal dia sedap sedap datang dari pelusuk mana tah nak suruh orang buat kerja lain. Sedangkan dia goyang bontot tengok tibi. Eh, macam babi kan. Kenapa tak dia buat sendiri je,sebab dia tak ada buat apa apa. nak jugak suruh orang yang tengah bizi buat. Agak agak lah kan.

8. Nak Mengata Aku.
► Ni pun aku tak suka. Benci kan. Tak suka bila ada orang tiba tiba nak mengata aku,nak cakap aku macam macam. Itulah inilah. Yang paling aku tak suka,bila ada orang cakap aku macam 'PEREMPUAN', eh,kaw buta ke pekak?ke cacat  pancaindera?! dah kaw nampak aku ni pakai songkok, baju melayu, takan nak cakap aku macam perempuan pulak. Bingai lah kaw ni. Nasib baik lah aku Skema, kalau tak time tu jugak  Fight. Okay,

9. Orang Taknak Kalah
► Ye memang betul,siapa yang nak kalah kan. Tapi yang aku maksudkan ni. Kalau orang tu dah memang salah dalam sesuatu hal, tapi dia taknak ngalah,nak dia menang je. Orang tegur dia taknak terima, macam lah dia tu betul kan. Hempok muka kaw dengan tong gas baru nak ngalah. eiishhh.. apelah, dah tak betul tu tak betul je lah,. 

10. Aku Tak Suka
► AKu tak suka apa yang aku tak suka. 

Sebenarnya banyak lagi benda atau perkara yang Skema tak suka, malas nak taip lagi lah. Nantilah,kalau next next entry lah aku buat lagi. Memang ada sambungannya lagi. Okay.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments:

Post a Comment

Dah baca kan? Komen lah sikit. Sikit pun jadilah.
Fikir sebelum menaip. ;)