Aku Tak Update Blog Sebab....

WRITTEN BY : Arep Skema TIME : 11:17 PM TOTAL COMMENTS : 10
Assalamualaikum dan salam sejahtera penduduk planet sfera sekalian :D 

Ha bagi yang selalu dayang sini sambil makan cengkodok durian belanda tu kan. Mesti bosan malah lebih teruk sampai ada yang call aku tanya apesal tak update blog *okay tipu. aku tak hot. ptuuihh !*
Okay tak kisah lah ada yang tanya ke ada yang tak tanya ke atau buat buat tanya tapi sebenarnya tak tanya ke kan. Persoalannya sekarang kenapa aku sejak kebelakangan ini aku tak update blog kesukaan korang semua ni. 

Jawapan kepada masalah yang kian mengugat ketamadunan penternak ikan kaloi dalam peti ais ni. Jawapan yang paling menepati SKEMA jawapan yang diberikan dan disediakan sejak berkurun lamanya oleh Kementerian Jawapan Skema Sedunia atau lebih mesra dipanggil dengan KEJAMASA. Menurut risalah Skema jawapan yang diberikan. Ternyata salah sebab nama pun riSALAH, ye salah. So aku mintak riBETUL. Dan jawapannya 180.99% betul.

Kita imbas kembali soalannya. Soalannya yang berbunyik Kenapa aku dah jarang update blog?. Dan jawapannya. 
1. Last-last minute ni aku sedang asyik menyiapkan kerja sekolah.
2. Jarang online dan bukak blog sebab.... [rujuk jawapan no. 1]
3. Aku jarang dekat rumah sejak kebelakangan ni.
4. Aku sebenarnya malas nak buat homework, jadi aku tengok tivi. Kalau bukak komputer kena marah nanti :P
Jadi itu je jawapannya. Jadi kalau ada rasa yang selalu datang blog ni, tapi asyik entry yang sama je. Maaf dipinta ea.  Dan aku kan dah cakap dekat entry yang ni http://arepskema.blogspot.com/2011/12/perkara-yang-selalu-terjadi-masa-cuti.html
Lagi satu. Tahun depan aku bergelar Pelajar Tingkatan 5. Jadi nak SPM lah kan. So itu juga salah satu daripada jawapan kenapa aku tak update blog kan. Yelah. Nak exam penting tu. So kena kurangkan buat benda lain lah. Fokus belajar, ulangkaji kan .
-Nampak tu? Jabatan Jalan Puzzle Ke Arah Kemajuan :D
So sesiapa yang baca ni ke kan..  doakan aku berjaya dengan cemerlang dalam SPM nanti eah :) aminn :)
UPDATE : Aku pun dah jarang Blogwalking, Follow-follow blog korang. Komen entry korang. Maaf yekk :D Kalau ada masa aku buat lah semua tuh. Kalau je :P

Nota tangan kiri : KEJAMASA = KEmenterian JAbatan skeMA SeduniA.

YouTube - The App Is Currently Unreachable ? Macam Tett !

WRITTEN BY : Arep Skema TIME : 12:01 PM TOTAL COMMENTS : 10
Assalamualaikum dan salam sejahtera penduduk planet sfera ni.

Okay tadi aku bukak Youtube kan. Tetiba kan. Dia keluar nih

YouTube- The app is currently unreachable

Apehal dowhh ? haha. Memang gila betul. Aku tiup jugak kang Youtube ni ! 


Tapi tapi kan. Sebenarnya aku yang patut kena tiup sebab masa tu internet aku macam alien. Kejap ada kejap takda. So time keluar page tu internet aku pergi planet pluto. Then internet aku balik ke bumi balik, aku refresh Youtube terus okay. Memang macam tettt !!

----15 minit kemudian----

Aku baru dapat save entry ni lepas tu publish sebab menunggu internet yang macam alien ni datang. Ngiong betul lah !

Tuje nak cakap sebenarnya

Nota Tangan Kiri : Jangan melayari internet semasa internet connection macam alien. Nanti muka korang serupa tenuk ghairah sebab sakit hati. bhahaha !

Tak Payah Nak ELEYH Kan Orang Sangat Lah !

WRITTEN BY : Arep Skema TIME : 3:15 PM TOTAL COMMENTS : 8
Assalamualaikum dan salam sejahtera penduduk planet sfera ni okay. Diharap sihat-mihat semuanya.

Okay apa yang nak ELEYH sangat dekat entry ni sebenarnya? Bunyik macam kelakar yang tak boleh buat orang mahupun tapir gelak kan. 

-Tu muka hang bila nak ELEYHH
Berdekah dowh aku tengok muka dia. Bhahaha !
Kamu semua pernah tak jumpa status-status pesebbuk, tak pun ada orang cakap, samada kita kenal atau pun tak kenal dia kan. Tak pun macam buat-buat tak kenal. Aku tepek satu contoh eah.
Tempat : Facebook-tempat update status. 
Contoh ayat : Aku tadi pergi makan kepci, lepas tu mak aku belanja mekdonal pulak. Petang tu pulak awek aku ajak pergi makan pizahat pule.. Setengah jam lepas tu, pergi usha pulak domino piza. Usha dari luar je, tak makan pun sebab perut dah mengalahkan ibu mengandung 9 bulan 10 hari 1 jam 3 minit 2 saat. 
Bilangan Peng'like' tegar : Tak boleh diagak. Dianggarkan 1-2 sahaja. 
Komen Paling Top : Eleyhh kau ni. Itu pung nak cakap ke? Kau makan semua nak bagitahu dekat fecebuk? Nak sampai satu dunia tahu ke? Tapaya lah. aku pun selalu makan dah semua tu. Takde pun nak gebang-gebag sedunia. Ape seyyhh !
Jadi, korang nampak tak ape yang SEYHH ELEYHH sangat tu kan. Okay ni pendapat aku. Facebook tu kita pakai account kita kita kan. Jadi tak kisahlah nak update pape pun. Hak kita. Tak pun memang style kita nak update pape je dekat facebook kan. Kalau ada yang tak suka, balik-balik muka kita je keluar dekat news feed kan. Rasa sampai nak muntah ikut telinga. Tapaya lah dok nak baca jugak. Dah tak suka tu tapaya komen. Haa kalau macam nak ELEYYH kan orang tu, tapaya lah. Kau remove sudah. Kan senang, tapaya lagi tengok status dia yang tah pape tu kan.

Yang pengomen ni pun sama jugak, memang lah hak kita jugak, kita komen pakai account fesbuk kita kan. Tapi facebook tu derr,, apa kita buat orang lain boleh tahu lah. Kalau tak suka pun, lepas tu nak komen, jangan lah direct straight to the boiling point cakap sampai tak ingat dunia. Kasi tapis lah. Kadang-kadang ayat ayat macamtu boleh menjatuhkan maruah orang. Sensitiviti seseoraong boleh tergugat. Malah boleh merosakkan buah pinggang *tetiba pulak masuk apehal?* . Takdelah. benda macamtu, macam bahaya nak dibuat, boleh bikin perang woo.. 

Jadi tak kisah lah sapa-sapa pung, dekat facebook ke, dekat maisepes[myspace], 2witer[twitter], ferenseter[frenster] mahupun belog[blog], atau pun dimana-mana kan. Tapaya nak dok ELEEYH sangat dekat orang lain, kadang kita pun ada juga buat something then orang ELEYHH kita bertubi-tubi kan, sampai bengang masuk kepala dalam poket baju. Bukan kau sorang je tokey nak men'ELEYHH' kan orang lain. Ingat tu !

Ni semua pendapat aku je. Macam melalut kod. Bosan sebenarnya sebab takde benda nak cakap dekat blog ni. Well setiap orang ada hak untuk bersuara dan meluahkan perasaan masing-masing  Macam Band Ni

Makan Besaq - Menu Utama Sutun Goreng

WRITTEN BY : Arep Skema TIME : 10:02 PM TOTAL COMMENTS : 6
Assalamualaikum dan salam sejahtera rakyat jelata planet sfera ni :D

---jawab dulu salam tu---

Okay heyya ! Ni aku nak cakap lah kan. Tak cakap tapi taip ngek. Hahah. Okay stop that silly :D. 
Sepertimana yang dah sedia maklum, semalam kan birthday aku kan. Kalau tak tahu mehh baca Happy Birthday To Me. Aku Dah 16 Tahun. Ha dah baca? Okay good boy/girl/khunsa. 

Dan yang bestnya kan. Malamnya tu, aku ada makan besar dowhh. Kira celebrate lah kan. Wee *pum pam pum pam bunyik bunga api* Okay tak. Ha kan dekat entry yang NI kan aku ada cakap nak keluar kan. So aku keluar lah.

---Bapak bosan gila entry akuni. macam selengerr je aku taip, ayat berterabur---

Okay. Lagi satu kan aku ada cakap aku keluar dengan twin aku kan. Ha sebenarnya bukan lah kembar aku yang sama muka sama umur. Tapi sama tarikh lahir ler. And dia jiran aku. Tak sangka sama tarikhnya. So bila 21/12 je mesti celebrated sama-sama. Seronok woo. Khau hadoo? haha !

Semalam lah dia ajak aku dengan mak aku pergi makan dengan kaum kerabat dia. Dia ajak pi makan dekat satu restoran kod. Nama resetoran tu Perahu. *kenapa tak Titanic?* Okay serius weyhh shedap giler masakannya. Puas aku makan. Yelah orang belanja mesti puas kan. 

---demm! aku tatau nak tulis panjag lebar macamana lagi---

- Ha ni sutun(sotong) goreng. Series sedap gila !
-Aku makan ni, 
Ha tak banyak aku amik gambar. Malas lah. Bawak je kamera gedabak aku tuh. Tapi malas nak shoot. haha. Weel tu aku makan, yang macam muka orang tu aku yang hias sendiri *macam masterchef tak?* Sebenarnya banyak lagi makanan kat atas meja tu. Macam-macam ada, tak sempat nak shoot sebab lapar punya pasal. Ngaapp jelah :D

Nota tangan kiri : err takde kod. Okay aku tatau nak describe macamana lagi entry ni. Kalau tak best silalah buat-buat best :D


Happy Birthday To Me. Aku dah 16 Tahun.

WRITTEN BY : Arep Skema TIME : 8:28 PM TOTAL COMMENTS : 10
Hepi Beletday To ME !
Assalamualaikum dan salam sejahtera semua :D

Ha okay tepat pukul 12.00 tengah malam ke pagi eak. Kira tepat 12.00 semalam lah. Aku dah 16 tahun genab :D . Yayy ! Okay birthday aku 21/12. So harini kan. hekhek :D Sangat gembira aku rasa. Tapi kan, yang lebih tepat tentang kelahiran aku ni kan. ialah :
Hari : Khamis
Tarikh : 21/12/1995
Masa : 10.15pm
Tempat : Atas katil Bersalin Hospital Muar.
Orang yang sambut : Doktor lelaki *kod*
Yang istimewanya aku ni, bila keluar je aku terus menangis. Okay memang lah menagis. *tak kelakar okay* . Okay okay, hadiah yee. aku tak mengharap sangat kod. Kalau aku ada mintak tu 'mintak mintak ayam' je. Bukan aku mintak ayam ngekk. Just cakap-cakap jelah. Okay ! Kalau ada yang nak kasi tu, aku terima je, sekecil mana pun aku tak kisah. Yang penting ikhlas kan :D Tapi tapi kan, aku dapat something dari abah aku. Nak tahu? okay tunggu lepas aku dapat benda tu. :D Berharga sangat. tunggu tau.

Apa yang aku macam terharu kan, aku tak sangka ada 'seseorang' tu dia lah orang pertama wish dekat aku. Tepat 12.00 malam tu, orang pertama wish aku ialah dia, hanya melalui mesej . *perlu ke aku cakap?* Okay, tak sangka okay walaupun adalah konflik kan. Takpe, aku hargainya . Terima kasih awak.

Aku dah kekok beb sebab dah berapa hari tak online, tak berblog, tak tekan keyboard, tak tau nak mengarang beb. Sebab nya aku ni pun baru balik dari KL kan. Kekok gila. Aku faham kalau korang bosan baca. ehek ehek..

Okaylah. I got to go. Nak keluar meraikannya dengan my twin :D hakhak. *sebenarnya banyak lagi nak cakap ni*

Nota tangan kiri : Maybe aku akan update lagi kod entry ni sebab macam belum siap :D

Kalaulah Semua Blogger Bersifat Macamni Kan Bagus.

WRITTEN BY : Arep Skema TIME : 9:47 PM TOTAL COMMENTS : 14
Assalamualaikum dan salam sejahtera planet sfera dan penduduknya :D <--ubah ayat

Aku pun taktahu nak update ape, cuma tangan ni gatal beno nak tekan keyboard ni ha. Jadi lantak lah kan. Apa yang terlintas dekat kotak akal aku sekarang ni aku taip jelah. Ngekk !

Aaaa.. okay 15 minit aku tenung je kotak new post ni. takde apa juga aku taip, terlopong tercongong ternganga terbodoh terr segala terr  lah muka aku tengok keyboard ni...

Okay aku cakap jelah eah. Esok aku pergi KL. Bukan kandang lembu, siapa berpikiran sedemikian ,beliau adalah tergolong dalam orang-orang nomad abad ke 17 bawah sikit tolak 20 tambah 4 darab 2 bahagi dekat kerabat  kau. *okay aku merepek tu* KL tu Kuala Lumpur lah peps ! Kalau taktahu tengok Google Maps.

Okay dengan otak blank separuh ni, tatau nak ngomel jadah kan. Aku letak jelah video ni. Series aku macam terharu kod, Ke terangsang, ngehngehngeh! okay bukan. Aku rasa macam ada something feeling yang tak boleh ditulis malahan dilakar. Tengok lah, tak rugi pun .




So series aku suka. Kalaulah semua blogger bersifat sedemikian, kan seronok. Tolong promote blog ke, tolong klik semua iklan ke. Atau pape je, Tolong jugak lah tu kan. :) Lagi seronok kalau semua orang dekat dunia ni bersifat macamni. Tolong-menolong tak kira agama, bangsa, usia, warna kulit, atau sebagainya. Mesti seronok kan. 

Macam nak nagis taip ni duhh. hnnsskk hnnskk ! <--konon mintak simpati suruh orang komen dan like serta mintak tolong baca ni.. hekhek :D



Pertanyaan Disebalik Cerita.

WRITTEN BY : Arep Skema TIME : 9:47 PM TOTAL COMMENTS : 2
??? 
Assalamualaikum dan salam sejahtera semua penghuni planet sfera ni yaww !

Aku pun tatau kenapa ayat tu tertulis 'PENGHUNI PLANET SFERA''. Tapi tak salah kan. Memang bumi kita bentuk sfera kan, bukan lonjong, bukan persegi

---- TETT ! Okay bukan itu topik nya. Topik kali ni bercampur aduk. Kod ! kehkehkeh.

Dah berpurnama aku asik tertanya-tanya dekat diri sendiri, kadangkala sampai aku bersoal jawab dengan kerusi dapur. Asik bertanya, tetapi hampa. Semuanya hampa sebab itu kerusi. Jadi aku bersoal jawab pulak dengan tayar kereta jiran aku, dapat jawapannya, tetapi jawapan itu berbentuk periuk belanga hentam kepala aku dengan kelajuan seperti budak 3 tahun baling. <--takreti baling leteww jiran aku tu.

Lalu, aku teruskan penyiasatan tentang persoalan aku tu. Kali ni aku berehat, dan termenung depan tingkap yang tertutup rapat. Tiba-tiba ada cicak lalu, aku terus tanya cicak tu, dia hanya menjawab ''cek cek cek''. Lalu aku berlalu pergi dengan meninggalkan cicak itu dekat dalam pengorek pensil yang tumpul. Sadis keadaannya.

Aku pergi kedapur untuk makan, pinggan diambil,nasi dicedok, ikan goreng diambil, sambal belacan aku amik. Makan, tiba-tiba mulut rasa macam kena rodok dengan penyapu lidi, pedas dowh. Lantas aku bangun ambil cawan dan tuang air sepantas yang mungkin. Glukk glukk glukk.. Habis aku minum, tetapi aku hairan dengan rasa air tu, aku belek-belek botol air tu, rupa-rupanya aku tuang kicap masin. Tuuiihh ! Pedas punya pasal, kicap masin satu gelas aku telan tak rasa pape. Memaang macam tett !

Sejurus kejadian tu, aku bercadang untuk tanya dekat semua orang yang baca blog ni, Lalu aku terus tulis-tulis, dan aku nak tanya korang semua:
Tak ramai ke pakai blogger in draft punya dashboard? Ramai yang pakai dashboard lama tu eah? Yang warna oren,biru kelabu entah apa lagi tuh.
Aku terasa macam aku sorang je pakai Dashboard baru ni. Padahal dah lama kan ada dashboard baru ni. Tapi macam senyap je semua, bukannya apa. Kadang aku tengok tutorial kan, kebanyakkan gambar blogger diorang yang lama punya. hehe. Style apa dashboard yang baru ni, lebih stylish bagi aku.  Cuma nak tahu je :D

Notai kakai : Aku saje je reka cerita karut-marut-herot-berot tu je. Bosan sebenarnya :D Fokus utamanya ialah soalan tu :)

Facebook Timeline - A New Kind Of Profile

WRITTEN BY : Arep Skema TIME : 7:39 PM TOTAL COMMENTS : 0
-Facebook Timeline
Asaalamualaikum dan salam sejahtera semua. Okay ni 2nd entry aku pada hari ni. Tetap juga pada topik Facebook Timeline ni. Aku pun tatau kenapa aku macam obses gila dengna FBTL ni. Serious aku suka sangat. Takde sedikit benci pung. Tapi entry kali ni aku cuma nak share video tentang FBTL ni. Weeee !! Layann. Zass !



Okay itu masa macam nak announcement FBTL ni. Aku suka gila! *okay sudah* Yang video kat bawah ni pulak tentang Apps yang ada dekat FBTL ni, macam-macam kita boleh buat dekat sini. Layan jelah ea :)



Kalau nak guna FBTL pergi ke : https://www.facebook.com/about/timeline . Lepas tu scroll ke bawah sampai jumpa Button ''GET TIMELINE'' . Ha tekan lah :) 

InsyaAllah next Entry aku akan cakap lagi tentang kebaikkan dan kelemahan Facebook Timeline ni. Kalau aku rajin. Tak rajin aku tak buat lah :D


Facebook Timeline Is Stylish You Know.

WRITTEN BY : Arep Skema TIME : 4:48 PM TOTAL COMMENTS : 0
Assalamualaikumm dan salam sejahtera semua.

Well sepertimana yang semua orang tahu kan. Terutaman pengguna Fesebuk kan. Sekarang tengah macam nak naik kan Facebook Timeline kan. Dekat Facebuk pun ada je cakap pasal Facebook Timeline ni. Macam dah letup letup gitu. Well aku tak heran sangat *cehh !* takdelah. 

Aku dah tahu ada FBTL ni sejak bulan lepas, aku usha usha macam gempak sangat dowh. Style sangat. Bagi aku lah. So semalam aku ada bukak my kakak angkat punya profile, sekali dia dah pakai dulu. Terus macam jeles lah konon. hahaha ! 

Then tanpa banyak bual bicara, aku terus pakai, sebab dah lama weyh aku nunggu FBTL ni. Well ya I like it so mach lah. haha *hentam keromo english aku*

- Hik hok hik hok. haha. Tudiaa. Rupa wajah mukakubu aku yang baru.
Haaa. Dia punya cover aku buat sendiri tauk. Photoshop jelah :D haha. Kalau korang tanya mana aku dapat muka-muka smiley tu semua. Ha semua boleh download dekat SINI dan jugak dekat SINI .

Well ya, ramai juga tak suka kan dengan fesbuk baru nikan, bagi aku ia okay. Alah biasalah, pandangan masing-masing kan. Kita tak boleh paksa orang lain suka sesuatu benda atau sesuatu perkara tu kan .

Jadi bagi sesiapa yang masih pakai fesbuk lama tu kan. Kalau yang berminat, boleh tukar. Pergi je dekat facebook member-member korang yang dah pakai FBTL ni, kat situ ada kot nanti button/tulisan TAKE A TOUR kot, tak pun LEARN MORE. okay aku lupa. haha !

Tak pun nak senang pergi je sini --> https://www.facebook.com/about/timeline

---TET TET ! : kalau ada yang dah TERpakai FBTL ni, tapi nak balik ke fb asal, kira tak suka lah kan. Cuba Deactive korang punya FB, dalam 10-20 minit gitu kod. InsyaAllah akan back to old Facebook. <-- Ni aku ada terbaca masa aku usha usha FBTL ni dekat google, tak tahu jadi ketak, tapi dia kata maybe its work !

Perkara Yang Selalu Terjadi Masa Cuti...

WRITTEN BY : Arep Skema TIME : 11:04 PM TOTAL COMMENTS : 2
-Yahh ! [sumber]
Assalamulaikum dan heyyya serta salam sejahtera penduduk planet berbentuk sfera ni :)

Okay,sekarang ni kan cuti akhir tahun kan. So seronak lah kan. *seronak lah sangat* . Series dowh, banyak perkara yang berlaku sebelum, semasa  dan selepas cuti ni. Yaa memang berlaku dekat aku, tu yang aku tulis dekat blog. Tanda aku protes *sambil hentak tangan hentak meja*

Rewind--- Dulu masa seminggu sebelum cuti, aku cakap,eh bila lah nak cuti lah kan. Cakap lama lagi lah nak cuti, risau gila lah hati sebab lama lagi nak cuti, padahal lagi seminggu. Tapi istilah seminggu bagi seseorang insan yang bergelar pelajar boleh diumpamakan bagai setahun 1 hari 2 jam 3 minit 4 saat. Serious Weyh. 

Then bila 2 hari lagi nak start cuti ni. Mulalah otak sewel separuh sedar, cakap eh dah nak cuti siyot. Tak sangka pejam celik pejam celik gosok mata kejap dah mula cuti kan. Lepas tu yang bertambah sewelnya tu, siap cakap, alah nanti rindu dekat kawan-kawan yang konon bajet bajet gangster tu, nanti rindu cikgu marah yang garang gila tu,tapi cantik bila marah. Mula lah ayat ayat rindu rindu tu keluar, lagi teruk sampai Pakcik kebun pun dia rindu. Masalah betul lah. Haiishh

Lepastu bila dah cuti, happy bukan main, macam monyet dapat masuk kilang biskut pisang. Happy lah kan. Yang ada bila ada kerjarumah berlambak, siap bajet cakap masih awal lagi nak buat, cuti kan panjang lagi. Ni memang jadi kat aku ler. Tak tipu. Bila dah pertengahan cuti baru lah terkedek-kedek nak buat sikit sikit, Dalam satu hari tu, 10% buat homework, dan selebihnya berfacebook lah kan apa lagi, takan frenster pulak. Lapuk dah tu. Orang nomad zaman mesolitik je pakai.


Yang takbole blah, bila 2 minggu nak start sekolah balik, mulalah terkelam-terkelabut menyiapkan homework yang dah tersadai kat bawah mesin basuh tu, terkial-kial cari pen,pembaris apa semua. Hati tak tenteram dowh. Series tu terjadi dekat aku shekalang duh. Tableblah. Nanti bila dah 2 hari nak naik sekolah, homework tak siap lagi, memang time tu frust gila sakai lah, sampai mandi, kencing, makan tolak tepi, sanggup cancel date dengan awek/pakwe sekali. Teruk gila dah tu. <--tapi tu belum jadi dekat aku. mwehehehe !

Kasimpulannya padan muka ! Sapa suruh buat kerja last minute? kan dah tanggung sendiri. Suruh aku tolong? boleh. Siap penampaq free kiri kanan lah. Deal ?!

Cinta Sekarang Kolot [Part 2]

WRITTEN BY : Arep Skema TIME : 5:00 PM TOTAL COMMENTS : 8
Err? [sumber]
Assalamualaikum dan salam sejahtera semua penghuni palanet sfera ni.

TOPIK : CINTA UMPAMA KENTUT ? TABOLEPAKAI

Well ya, aku pun tak menyangka yang cerita Cinta Sekarang Kolot ni ada sambungannya. Baru dapat ilham tadi. Okay lets start.

Mungkin ada dikalangan kita semua, pernah mengungkapkan kata-kata tentang cinta. Aku bagi satu contoh. ''Cinta umpama kentut, ditahan sakit, diluah malu, dilepaskan baru lega'' Sorry aku tak ingat sangat perumpaan yang boleh dikategorikan sebagai bodoh jugak kod. Kenapa aku cakap bodoh? Ha ni lah aku nak terangkan dekat depa semua.

Sepertimana yang kita tahu, cinta tu sesuatu yang macam berharga sangat kan untuk kita. Its like macam something yang sangat penting kan. Okay, kau pun tahu ,dan aku pun tahu, memang sukar untuk kita meyimpan sesuatu perasaan dalam hati , lagi lagi berkaitan dengan cinta ni kan.

Sebagai contoh. Kau ada lah lah minat dan suka seseorang ni, dalam hati kau memang menyimpan 1008 jenis perasaan yang indah kan. Rasa tak tenang je kan kalau tak luah kat dia. Tapi, kau malu-malu taik kucing. Rasa segan kan, lepas tu kita fikir macamana kalau dia tak terima apa yang kita luahkan, apa reaksi dia nanti, adakah dia akan ketawakan kita sebab kita luahkan perasaaan dekat dia. Yaa mesti punya korang akan berfikir macamtu. <--Tipu kalau takda. Cepuk kang !

Jadi, andai kata kau macam konon dah ready nak luahkan dekat dia, memang sedia lah ni, dah tak tahan lagi ni. Memang membuak-buak macam lava gunung berapi tu kan. Jadi korang pun apalagi, pakai semat-semat, minyak wangi 4 gelen, mandi bunga bagai kan. Yelah kod kod dengan semua tu kita dapat kan. So korang pun dengan muka macho/ayu pergi depan dia, korang luahkan semua perasaan korang dekat dia sampai habis. Kira Puas  lah ! 

Dah lepaskan lega kan. Dia pun terima. Alhamdulillah, happy bukan main suka. Hidung kembang 24 jam.

Jadi dekat sini yang perlu difokuskan, imbas kembali kan Perumpamaan kentut seperti cinta tu kan. Memang tak boleh pakai, perumpamaan tu kalau dikaji lagi, difikir secara logik 2kali ganda lagi, ada maksudnya. Korang fikir, kalau korang kentut, adakah korang punya ''hasil'' tu korang simpan?, tak pun contoh, korang kentut dalam bilik, adakah sampai kiamat bau atau rasa atau bunyinya masih kekal? Memang tak lah kan. Sebab mungkin dibawa angin kan. Jadi sama ke dengan cinta? Korang dah luah berjela-jela, kira puas, lepastu dah puas korang tinggakan, lebih tepat terus hilang macamtu saja cinta tu. Adakah macamtu? Itulah persoalannya sekarang ni :] Fikirkan..

Jadi teori cinta umpama kentut memang tak diterima oleh AKU, ye aku, taktahu lah korang. Yaa memang tu macam perumpamaan joke-joke kan. Tapi mana tahu ada yang amik serius kan. So ni aku cuma luahkan apa yang aku rasa, dari pandangan aku je :D . Maybe ada yang tak puas hati kan dengan ulasan aku, takpe. Setiap orang pandangan nya lain-lain :)

PS: Hina sangat ke CINTA tu sampai sama level dengan KENTUT? macam tettt dowhh !



-PART 3 - CINTA SEKARANG KOLOT ? [PUTUSKAN HUBUNGAN SEBAB DISURUH BUAT PERKARA BAIK?]


Entry Campur-Aduk Dari A Sampai Z !

WRITTEN BY : Arep Skema TIME : 3:36 PM TOTAL COMMENTS : 2
- Style Gila gambar ni [sumber]
Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada pembaca majalah Manga :D

Well yaa. Lama tak update. Dekat 4 hari aku tak taip-taip, tekan-tekan keyboard ni. Gua nak tekan, tapi time IM dekat Facebook jelah. Bukan apa, tapi kau tahu, aku dah takde topik yang macam panas nak diterbitkan dekat blog ni. Macam dalam Entry Cinta Sekarang Kolot dan Nak Merendah Diri Kena Betul  . Itu gua taktahu mana ilham datang untuk karang entry sedemikina rupa. hahaa..Tapi sekarang  ni idea macam tak sampai lagi, ada yang datang , tapi tak kukuh lagi, macam samar samar malap je. 

Jadi aku pun macam dah bosan bila aku bukak blog aku, balik-balik Entry Arep Skema With Angie Vazqeuz ! . So kira macam tak mesra pelanggan lah kan. Dia ibarat makan lah. Hari isnin makan Nasi, hari Selasa makan nasi, dan hari seterusnya pun makan nasi. Jadi dekat situ kita macam dah mula mual mual bosan kan. Kena lah upgrade sikit. Nasi lauk kicap ke kan. So dekat situ dah nampak perubahannya kan. So its same like blog lah. *yeke? fakta aku je tu*

Well, sepertimana yang semua blogger, terutama bagi blogger yang pakai Shoutbox kan. Kan dah kena bayar start tahun depan kan. Tapi aku tak terasa sebab aku tak pakai tu. Aku pakai Cbox.ws. Ekceli dulu macam nak pakai Shoutbox, tapi dulu kan masih cetek akal lagi kan. Kira macam tak tahu lah nak pakai . *konon jelah tu*. Jadi korang kena cepat cepat tukar lah kan. Banyak lagi selain Cbox.ws ni. Korang boleh usha sendiri lah dekat blog http://www.lyssasecret.com/ yang dia ada buat pasal Apalah yang kecoh-kecoh pasal shoutmix kena bayar ke tak ? tu. Check It out sendiri :D

Eh Eh. nak tanya korang semua. Please jawab eah. Tak paksa, ikhlas jawab je. Perlu ke aku tukar template blog aku ni? Perlu ke aku tukar header blog aku ni? Aku tengah bingung ni. Aku ada jumpa satu template style simple gila, tapi aku taktahu nak tukar ke taknak. Lagi satu dekat coding template yang aku guna sekarang ni, dah macam-macam aku repair sana-sini ikut cara sendiri, so malas lah nak pindahkan dekat template baru. Rumit dowhh. --' . So macamana? pakai ni je ke? 


Arep Skema With Angie Vazqeuz !

WRITTEN BY : Arep Skema TIME : 3:34 PM TOTAL COMMENTS : 4
Well yaa haha.. Hot gila tajuk kan. Eh kejap... lupa pulak dowh.

----Assalamualaikum dan salam sejahtera penghuni planet warna hijau dan biru ni *majoriti nampak hijau dan biru kan dari angkasa, so tak salah lah aku cakap*

Okay back to tiltle yang cool tu. Series aku tengok pun macam tak percaya. *slap me now*. Takdelah. tapi serious dowh aku dapat awek baru. She Mexican. Yeah. Gila hebat tak gua dapat 'tackle hati' dia. Eh mestilah hebat. Okay stop !, tak yaa sebenarnya adalah 2 hari lepas kod, aku blogwalking sana-sini lah kan. Terjumpa pula satu blog ni, ada video ni. Terus reaksi aku macam WHOAA !. Terkedu terkesima terkejut tertelan air liur tergaru kepala yang tak gatal, lagi ter ter,er ter apa lagi tah. Tapi serius weyh. Aku suka dia ! Tang suara dia tu yang shedap gila lah. Bagi aku lerr. Ni dari pandangan mata dan pendengaran telinga kiri kanan aku yang dengar, tak tahu ler korang dengar pakai apa kan. Korang korang semua layan lah video dia ni. Zass!








Okay cun? Bagi aku dia comel, then dia cute, Okay suara dia aku suka.. Oh Oh Ohh. part yang aku suka banget dehh. Time dia cakap perkataan 'THINKING' . Weyh serios weyh. macam eee,macam orang kata 'atotototoo'. gila comel dia punya mulut, kalau kiss aku tu. cup cup cup! . Dah okay stop pikir macamtu lah ngekk! *ngek tu untuk aku*

Kau tahu nama awek aku ni? Nama penuh Angie Vazquez, unik kan. Mestilah, orang Mexico tu, takan nak Nurul Akila Binti bla bla bla pulak kan. Haiishh. Tapi serious. I Like It. Awas! Jangan Usha Dia. <--- Ceh cehh konon je tuuww. Abaikan kalau meluat dengan aku. Kalau tak meluat, ha tekan balik replay dekat video tu. :)


Nota Kaki Kiri : Berangan lebih je dowh aku, konon dapat tackle dia. ptuuihh lah. Tapi tak salah kan berangan, mana tahu Allah satukan aku dengan dia. Hihihii. ^^. 

Nak Merendah Diri Kena Betul

WRITTEN BY : Arep Skema TIME : 4:28 PM TOTAL COMMENTS : 4
- Gambar Takde kena mengena dowh [sumber]
Assalamualaikum dan selamat sejahtera penghuni planet sfera ni.

Heyya semua. Okay ni aku macam ada topik 'panas' mendidih mengelegak gila ni. Serius weyh. Kau tengok tajuk pun macam dah bingong tertanya-tanya kan. Jadi apa benda sebenarnya yang ada disebalik tabir tajuk tu dan apa input nya dekat entry ni ?

Merendah diri. Well ya . Sepertimana yang semua orang tahu, merendah diri itu lebih baik kan daripada meninggi diri. Dah macam riak ,takbur marbur semua kan. Dosa tu. Jadi better merendah diri kan. Tapi apa yang aku nak fokuskan dekat sini tuan tuan dan puan puan sekalian yee. 

Kita tahu yang merendah diri tu bagus, tetapi, haa ada tetapinya. Korang kalau nak merendah diri kena berpada lerr. Ayat mesti kena betul. Salah cakap lain maksudnya kan. Ni kalau lu pot pet pot pet cakap dekat Facebook, konon kau kena tindas ke atau kena apa apa yang telah merendahkan maruah korang. Aku bagi contoh ayat ea. Contoh je tau.
Eh apalah salah aku?. Aku tahu lah korang semua cantik/handsome/ada jerawat comel warna pink merah merah, tapi takpayah cakap aku gitu gini gitu gini. Aku tahu aku takde muka. Aku tak secantik/sehensem korang.
Jadi korang nampak tak? ke masih kabur kabur samar-samar pemahaman korang ?. Jadi, daripada pandangan aku lah kan, kau dah merendah diri bagus, tetapi, sepertimana yang aku jelaskan dekat korang semua tadi, yang tadi tu. *kalau taktahu yang mana sila baca entry ni dari mula balik sampai faham* . Korang merendah diri ,ayat kena betul lah kan. 

Berpandukan ayat contoh yang aku tulis tu. Ayat tu tulis ''AKU TAHU AKU TAKDE MUKA''. See, macam dah nampak kan dia punya bangang timbul memuncak sambil mengeluarkan cahaya malap. Maksud aku dekat sini. Kau nak merendah diri, itu okay lah, tapi ayat kau ada spoil lah derr. Nak tahu bahagian mana? Ha bahagian tu lah. Apekebenda yang kau  cakap 'KAU TAKDE MUKA'. Aku tahu kau punya maksud, dan aku tahu jugak sebenarnya kau nak cakap yang 'KAU TAKDE RUPA' kan. *anda dibenarkan ketawa* .  

Kalau kau dah cakap kau takda muka, memanglah takde sapa nak kat kau kan, sebab kau alien,kau takdaa muka. Kalau kau cakap takda rupa, means orang boleh lah faham, maksud kau yang kau ni macam kurang cantik atau kurang hensem lah kan. So ayat kena menepati skema lah.

Jadi dekat sini aku menekanpadatkan point yang aku nak cakap. Disebabkan kau tersalah tulis, ataupun kau memang macam separuh sedar, tak pun kau macam pejam mata kanan sambil garu tapak kaki masa tulis tukan. Kau nak merendah diri, kau kira macam nak dapat kasihan dari orang, macam konon nak orang simpati lepas tu kasi kau pencuci muka yang tak serasi dengan muka kau, yelah biar ada jerawat pink merah merah kan. <--kuangjo lebih ayat aku

Dengan serta-merta onthespot kau macam dapat impact yang kuat gila bhaabiiee.*bhamm!!* Dan lebih tepat impact tu semestinya lah yang buruk kan. Orang terus terkedu bhai baca ayat tu, terus tak jadi nak simpati, kalau ada pun cuma 0.8% jelah, sebabnya ayat tu lah. Masalah dowh kalau macamtu. So nasihat aku, kalau nak buat sesuatu benda tu, pikirlah dulu, buat eskperimen dulu apa yang kita nak buat, pikir kesannya yang akan mendatang.

Oh oh oh, ha ni agi satu, 'KAU' dekat sini tak bermaksud yang aku maksudkan kamu kamu yang tengah baca tu. Ni cuma satu peringatan je. Okay, kan  tak memasal ada yang 'hentam' aku balik kang. Takmao okay. 
So assalamualaikum dan selamat malam atau selamat pagi, tak pun selamat tengahari. Petang pun boleh :)


Cinta Sekarang Kolot ?

WRITTEN BY : Arep Skema TIME : 7:19 PM TOTAL COMMENTS : 12

Assalamualaikum dan salam sejahtera penghuni bumi.

TOPIK : BERCINTA-PUTUS-MEMBURUKKAN SI DIA

Well yaa cinta kolot? Apebenda aku ni kan. Apejadah nak mengolotkan cinta ni. Well yaa. Aku bukanlah nak cakap yang cinta tu kolot tau. Kang tak pasai-pasai ada yang 'hentam' balik dekat aku, cakap aku macam-macam. Alahai korang ni, pantang ada orang ulas satu benda, terus nak hentam gila-gila. Bukan okay.

So dekat sini aku nak cakap sebanyak sedikit pasal cinta-cinta zaman sekarang lah kan. Err gua bukan pakar dunia cinta cinton ni. Cuma pandangan aku dan aku luahkan je ea untuk direnungkan eah. Dan dan dan dekat sini juga bukan aku cakap yang cinta zaman sekarang je, maybe zaman dulu ada juga kot.

1 2 3, A B C, Alif Ba Ta, Get Set.. Go !

Okay, sepertimana yang kita semua tahu. Kita sebagai remaja yang diharap akan memimpin dunia dengan lebih baik. Mesti tak pernah lepas kan dari cinta. Dalam hidup mesti ada episod cinta masing-masing kan. Mesti jugak ada macam-macam peristiwa kan. Pahit manis masam masin sedap. Kan.

Jadi apa yang aku tak faham malahan tak tahu jawapan sebenar kan. Okay,aku terangkan slowslow ea.  Okay kita nak couple ni. Dah ada orang yang kita minat. Suka. Lepas tu usha. Okay dah dapat. So mula lah kenal kenal, mesej, mintak couple, dapat pulak tu permintaan tu, jumpa, itu ini. Kenal hati masing-masing. Baik buruk dia semua dah tahu. Dah kongsi rahsia ,masalah yang sebutir beras pun cakap. Kan. mesti ada. *Tipu kalau takda*

Bila dah ada semua tu kan. Contohlah. Satu hari korang gaduh sebab benda remeh-temeh. Hal kecik je kalau boleh nak sampai satu dunia tahu. Sampai dekat Facebook tak habis-habis update status pasal korang gaduh kan. Lepas tu andaikata lah kan. Korang break korang punya relation tu dengan alasan atau sebab yang tak logik ataupun yang hal kecik je. Contoh : Bf/Gf kau lupa dodoikan dengan lagu Linkin Park setiap malam isnin. Ni dia tenyanyi kan lagu Cinta Muka Buku Mathematic.  Lepas tu pasal kejadian tu korang gaduh, sampai mintak clash.

So ini yang important thing aku nak cakap. *Sila fokus 100% !* . Bila korang dah gaduh, lepas tu break up. Korang nak maki hamun dia, kutuk sampai 24jam sehari semalam. Tulis lagi dekat facebook. Buat karangan dekat Blogger dan macam-macam lagilah kan. Contoh: Korang cakap - ''Sial lah punya jejaka/wanita. Gua panas gila, aku suruh itu, tapi dia buat ini. Kata sayang gua, tapi aku tengok perangai kau macam tak je. Kau macam ada 'orang' lain je? Sampai lagu dodoian aku kau lupa. Eh siyal dowh. Pergi mampus lah kau, gua ingat kau boleh jaga hati aku, tapi kau sakitkan,  " <--Lebih kurang macamtu okay. Lepas tu pot pet pot pet sampai kepagi jumpa malam balik. 

Jadi apa yang aku tertanya-tenya dekat sini kan. Lu apehal nak cakap macamtu? Dulu kemain lagi nak usha,nak couple kan. Lepas tu bermanja-manja, orang kata sweet couple terus kembang gila-gila. Lepas tu cakap '' Beyybun tanak tinggalkan Beybii. Beyybii je yang ada dekat hati Beybunn.  '' Lepas tu bla bla bla lagi kan ayat jiwang-jiwang semua ni terluah dekat your kekasih kan. Tapi apepasal kau tinggalkan dia juga? Atau ditinggalkan? Lepas tu siap nak buruk buruk kan dia lagi? 

Ape function kau nak couple lepas tu break kau burukkan dia? Bukan ke niat kau nak bersama juga? Pandai cari pandai jaga lah kan. Bukan aku nak condem lah dalam dunia couple ni kan. Tapi cuma tulah, aku tak faham dowhh. Ohh ohh yang paling gua taak paham lagi kan. Bila dah kutuk maki hamun semua tu, siap cakap lah ''Ishh nyesal couple ni. Taknak lagi couple'' Tapi kenyataanya tak serupa dengan ayat tu. Tak lama lepas tu couple baru. Then perkara yang sama berulang. Tiada beza. Boleh terangkan dekat aku tak ?

Nota Tangan : Setiap yang berlaku ada hikmah nya kan. :D


-PART 3 - CINTA SEKARANG KOLOT ? [PUTUSKAN HUBUNGAN SEBAB DISURUH BUAT PERKARA BAIK?]

Kau Tahu Tak ? Otak Aku Blank Dowh !

WRITTEN BY : Arep Skema TIME : 7:46 PM TOTAL COMMENTS : 2
-Gambar ni pun blank kau tahu ?!
Assalamualaikum.

Kau tahu? Aku dah berapa banyak tulis post. Lepas tu sangkut tengah jalan, gua save. Simpan dalam draft. Buat lagi, lepas tu sama juga simpan dalam draft. Sampai penuh dekat draft tersimpan post aku yang tak siap. *kebanyakan melalut okay

Kau tahu apa perasaan aku bila nak mula taip, nak mula tekan keyboard ni bertujuan murni nak update blog. Tapi tak tahu nak tulis apa, kau tahu tak., haiishh aku macam panas sekejap dowh !*konon gua nak feeling*. Bila aku nak tidur,time tulah macam-macam tajuk masuk lubang minda, masa nak mandi time tu lah idea berlonggok-loggok macam kat pasar malam tu datang.*3 seringgit 3 seringgit* Senang cerita ,malas nak panjangkan ayat, time tak depan komputer tu lah macam-macam topik yang datang. Faham? ! *gertak ni*

Kau tahu bila dah banyak idea terkumpul kan. Kan rasa, gila excited nak mampos gua cakap lu lah. Yelah mana taknya, otak dah membayangkan macam-macam, hati dah cakap ''huiish aku dah ada banyak story ni nak tulis, itu ini itu ini, whoaa mesti kaw kaw gila lah dapat 'hits' dari semua orang'' So gila excited beb. Aku pun taktahu nak gambarkan macamana lagi ke'excited'tan aku dekat korang ni. Tapi memang macam orang kata memuncak gila dowhh !

Jadi bila dah excited paling tahap tujuh petala langit. So mestilah nak terus tulis kan. Tapi nak tulis macamana?, ideanya datang time tak depan PC kan, jadi takpelah, tunggu esok je update. Tapi yang bhabhiee nye ni kan. Bila semalam aku dah excited sampai tak tidur, ni time nak update ni,! dah duduk depan komputer ni!, dah bukak blogger ni. ! Sadenlii, secara tiba-tiba, Hilang dah semuanya idea tu.*cakap dengan nada kecewa gila* . Gila blank dowh otak. Macam sunyi gila bahagian medula oblongata aku, serebrum aku , sereblum aku macam tak berfungsi gitu. 

Apa yang aku boleh cakap dalam keadaan yang menyayat hati, yang macam dah terkulai layu, dengan hati kecewa gila, marah sikit, bercampur semua jadi satu. Serius beb, terus sentap gua jadinya. Kau tengok aku cakap panjang lebar pasal cerita yang entah melalut ni pun dah berjela-jela panjang kan. Padahal gua nak update story yang ada input dokk tadi. Tapi ini hasilnya. Ngiongg lah derr..

Nota kaki kiri : maaf notanya dekat kaki kanan. lols !


Revolusi Blogger [ Infographic ]

WRITTEN BY : Arep Skema TIME : 11:47 PM TOTAL COMMENTS : 2
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Dan selamat malam sebab aku post ni waktu malam. kehkehkeh. 

Well hape-hape pun. Aku cuma takda topik semejak 2,3menjak ni. Idea entah melalut sana-sisi kemain lagi. Faham? Okay tak faham lagi, *takpe, gua sabar lagi* . Wokey bebeyh ! Saya cakap slow-slow ea. *eh kejap aku, lepas tu gua, saya pulak, bingong dehh*. Sejak kebelakangan ni kan. Aku  takda benda nak cakap. Kira takda sesuatu macam ''something whoaa title or story'' yang nak aku sampaikan melalui dunia tanpa sempadan ni. Internet lah kan. Lebih tepat Blogger. Okay. 

Tak faham lagi? Okay nak gua hamuk satu kepala kau? biar kasi faham. Haiishh *konon taiko gangster*

Bersesuaian dengan keadaan aku yang takdak topik nak tulis. So aku kasi jelah  satu risalah perang Infographic  tentang Evolusi blogger ni eah. Maaf tulisan kecik molek. Jadi. PLEASE LAH. PLEASE LAH KLIK KANAN DEKAT GAMBAR NI. PILIH ''OPEN IMAGE IN NEW TAB'' . LEPAS TU BILA DAH TER'OPEN' KAT NEW TAB, KLIK LAGI GAMBAR TU. NANTI DIA MEMBESAR LAGI.  <-- Siap gua besarkan font kasi sama garis bawah lagi arahan mudah tu. Kalau terpinga-pinga tak faham. Lu pigi basuh lu punya mata pakai air Zamzam sana lah. Mata tu kasi clean & clear wa cakap lu lah. Haiishh *mengeluh tak tentu pasal ni*

- Jangan malu nak klik kanan then pilih
open image in new tab untuk
tumbesaran menyeluruh !
Well yaa ! itu je kod. Selamat malam .

Best Pianist Ever !

WRITTEN BY : Arep Skema TIME : 11:10 AM TOTAL COMMENTS : 0

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Okay aku tulis aku padam aku tulis aku padam. Sampai kesudah tak satu cerita pun takdok. Okay so aku pun open story pasal ni ea. Korang tahu Piano? Orang nomad kalau dia tak tahu :P . Well post kali ni fokus kepada Piano. Err pemain piano or pianist. Err pianist means pemain piano. Mesti pernah kan. 

Haritu aku ada lah godak-godak si Youtube ni kan. Mana taknya.bosan. So klik punya klik punya klik. Aku adalah jumpa satu amoi ni kan. Seriosly gila gempak dia main piano. Dia buat cover lagu-lagu popular lah. Serious weyh main tak tengok key dia. Siap pejam mata tengok kamera lepas tu senyum-senyum mintak cium..Kahkahkah.. Jari jangan cerita lah. Dah macam lipas kepanasan. Tak percaya? ha korang tengok lah dengan mata kepala korang sendiri. <3

1. Secret-OneRepublic





2. Stereo Heart-Gym Class Heroes ft.Adam Levine


3. Move Like Jagger-Maroon 5


Well itu jelah bagi aku gila gempak bila aku tengok. Tapi ada lagi, gua dah layan semua dah. Puas aku tengok, dengar, tekan replay 2-3-4 kali. Tak bosan mehh. Yeah she Asian.
Ramai yang tak tahu aku minat gila nak main piano. Kalau tak dapat pun keyboard pun boleh. Bukan keyboard komputer. *tu buat hempuk kepala kau*
Nak belajar, tapi macam takde tempat. Then macam mahal je. Err Kalau siapa-siapa tahu or ada tempat nak mengajar main keyboard atau piano ni. Roger-roger aku eah. Serious wehh nak sangat. Subcribe lah dia. Kalau nak tengok lagi video dia main piano dengan lagu-lagu yang  boleh dikatakan popular sekarang ni. Klik NI tak pun http://www.youtube.com/user/sylphilharmonic . Kehkehkeh !

Senarai lagu lain :
- On The Floor - Jenifer Lopez ft. Pitbull
- Party Rock Anthem - LMFAO
- The Black Eyed Peas - The Time (Dirty Bit)
- Airplanes - B.o.B ft Hayley William

Notakaki : Gua suka bila amoi ni cakap "YEAH" dekat video Stereo Heart. mwehehehe ! Nama dia Miri . kehkehkeh..

Tutorial : Error Bila Nak Post. [ Ignore Warning ]

WRITTEN BY : Arep Skema TIME : 8:01 PM TOTAL COMMENTS : 0
Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.. Harap sihat hari ni.

Jadi setelah saya 'senyap' dalam membuat tutorial dekat blog yang haprak ni  kan. Taktahu kenapa hari ni nak buat. So untuk kali ni. Sejak baru-baru ni, korang pernah kena bila tekan button new post. Lepas tu ada error. Kira tak boleh nak post. Nanti dekat bahagian post tu ada tulisan 'Ignore Warning' Benda ni terjadi dekat saya. Baru tadi. Jadi jumpa solutionya. Memang senang. Pejam mata kanan pun boleh buat. Kalau korang masih tak tahu lagi macamana masalah yang saya cakap kan ni. Rujuk gambar ni :

- Klik untuk tumbesaran Dugro.
Jadi caranya adalah seperti berikut. 

1. Bukak Tab baru (Open New Tab) dekat browser yang korang pakai tu. Tak pun tekan Button Back je pun boleh. Yang anak panah tu .

2. Bukak Balik http://www.blogger.com/ .

3. Right Click dekat Button Post. Yang warna oren tu. Lepas tu pilih 'Open Link In New Tab'. Macam gambar ni :

- Klik untuk pembesaran menyeluruh :D

Kan nampak kan. Okay lepas tu barulah boleh post seperti biasa. Takdok masalah lagi . *berilah tepukan gemuruh untuk diri sendiri*
Terima Kasih dan selamat malam //_^

Teringin Nak Pakai Braces.

WRITTEN BY : Arep Skema TIME : 3:45 PM TOTAL COMMENTS : 14
Holaa ! Assalamualaikum penduduk bumi :) 


Braces? Yaa. teringin tau aku nak pakai braces ni. Serios wehh. Dah lama teringin nak memiliki benda alah ni terpasang megah dekat gigi aku ni. Tapi aku bukannya pakai ni nak tunjuk-tunjuk, nak bajet kaya atau nak ikut trend, konon style gila lah bila pakai braces ni. Lagi-lagi yang siap bercolour tu kan. Huissh. Aku bukan jenis yang macamtu.

Aku nak pakai ada sebab. Kau tengok gambar aku dekat Facebook ke, blog ke, atau mana-mana nampak normalkan. Tapi cuba lah face-to-face. Gigi aku berterabur lah. Simpang siur.*ye aku tahu gigi korang cantik-cantik belaka* Mana taknya. Kau ada gigi kapak sampai tumbuh 3? jarang sekali kan. Dua tu normal lah dekat depan. Tapi ada pulak satu tumbuh dekat belakang salah satu gigi kapak tu. Jadilah 3. Mesti dalam otak korang membayangkan betapa teruknya orang macam tu. *okay fine terima kasih kalau ketawakan*

Lagi-lagi lagi kan. Banyak lah masalah gigi aku ni. Bukan nya ghongak. Elok apa. Cuma entahlah. Kalau tak bulan 5 haritu dah nak pakai. Tapi masalah lah. Ingat nak buat tu seringgit boleh pasang ke? Gaji bapak aku pun belum tentu boleh tampung tau. So terpaksa batalkan. Tak ke sedih namanya tu? Teringin dowhh.. 

Takpe. aku tahu sakitnya macamana, kesannya macamana. Kawan aku ada pakai. So sentiasa bertanya dia jelah . Tapi aku berharap nak pakai . <-- Harapan je. Aku tahu mesti tak kesampaian


Notakaki : aku sedang mengusahakan satu Blog Story. *macam novel gitu lah* Tunggu saja.

Arep Skema Berjaya Terkejut 100% !

WRITTEN BY : Arep Skema TIME : 5:09 PM TOTAL COMMENTS : 2
Ohh memang shaaiit lah ! Serius weh ! shelakeer betul. Kang dah tak memasal aku mencarut-marut ni. Eh mana taknya. Ha korang nak tahu? Ha so pergilah kedai. mintak tauhu 2 ringgit . Cett ! Stupid Idiot! Bukan tu lah aku nak cakap. Gua dah lah tengah sorang-sorang dekat rumah ni lepas tu ada pulak yang menyapa aku dekat Facebook. Dia suruh buat yang bukan-bukan . Huuu taknak aku. Tapi dia kata takde pape. Cuba jelahh.. Dengan lurus bendulnya aku pun ikut..

Kau nak tahu apa dia bagi gua? Ha ni cheq nak habaq kat kowhang ni. Dengan selamberr gua cakap cilaka lah. Haha ! Tapi sebenarnya kelakar. Mesti punya korang akan ketawa lepas kau alami apa yang baru aku alami tadi. Huh ! Ha amik ni !

AMARAN : Siapa yang ada lemah jantung, gastrik, mengandung, kentut tak lawas. Sila ABAIKAN dan JANGAN BUAT apa yang disuruh dekat bawah ni ! Amaran keras !  <---- Tipu. haha !
1. Pergi Google.com
2. Taip : mov0001.swf
3. Tekan/Klik search
4. Pilih atas sekali [ Ada tulisan ''Flash'' ]
5. Enjoy ! 
See Haha ! Gua dah bagi amaran keras lu orang taknak Follow ! Kan dah. Kelakar bukan? Bila gua tengok benda alah ni. Nak tahu apa gua rasa?  Gua rasa tulang belakang gua nak cabut lari kebelakang tapi takboleh ! Demm! Muka sambil buat riak takut gila babeng ! Gua sampai nak menjerit serupa perempuan tadi, tapi suara gua pun sampai takut nak keluar dari korongkong aku ni ha sebab dah 'kelakar' gila babeng !

Sambil tu kan. Gua kecikkan Windows Google Chrome ni. Kononya supaya tak nampak lah benda kat dalam tu. Tapi tetap muncul juga muka awek lu dekat situ. Apelagi, dengan berbekalkan keberanian yang tengah kembang kecut ni. Gua pun terpaksa lah bukak balik Google Chrome tu. Dengan tangan yang laju gua tekan pangkah dekat tab dengan isi cilaka tu. haha !


Memang gampang lah kan. Maaf entry gua kali ni banyak pakai bahasa yang mak gua tak ajar masa kecik.   Semulajadi boleh cakap benda benda mencarut ni. *kihkihkih. padahal terpengaruh* Maaf juga kalau entry ni berbaur unsur upper 18 semuanya. Cuma nak kongsi je. 

So aku balik semula lah eah dekat bahasa baik sikit. *konon* .  Jadi apa-apa pun, kalau ada rasa nak marah aku lepas kewujudan entry ni. Ruangan komen tersedia :) Shoutbox pun sentiasa mengalu-alukan ~~ Apehal ayat aku nak sentimental sangat? binggung aku.

Pedas Sampai Ke Otak ! Kau Ada?

WRITTEN BY : Arep Skema TIME : 7:44 PM TOTAL COMMENTS : 2
Assalamualaikum dan salam sejahtera penduduk bumi sekalian. Aku tak tahu nak update apa ni hoh. Serios weyh. Tapi aku tetap nak tekan-tekan keyboard ni lah. Entry aku yang tak berapa nak penting sangat lah. Tak payah baca pun takpe. *eh janganlah*. 

Korang tahu tak apa itu PEDAS? kalau taktahu tanya jiran lah apalagi kan *sambil buat muka bengis*. Yaa kuno lah kalau tak tahu pedas. Orang nomad betul. So disini aku nak menegaskan bahawa saya Arep Skema Bin ****** [maaf nama beliau disamarkan] . Yaa aku, sapaq lagi kan. Memang tak tahu tahan pedas. See, nampak tak kelemahan aku, lepas ni kowhang tapaya dok nak paksa aku kasi benda pedas okay. Pelepuk atas dahi kang.

So sebab aku taksuka pedas? Tekan SINI . Tak pun search lah Google, kau search tajuk entry ni. Nanti jumpalah :P . Sebabnya ialah :
1. Lidah aku lidah manusia. *takan haiwan pulak ye daak*
3. Lidah aku warna pink ada putih sikit. *ada ke warna lain*
4. Mak aku selalu masak pakai cili yang memang kaw kaw punya. Baling dekat pintu pun boleh lebuq caiq pintu tu *eleh tipu tipu*
5. Mak aku kalau masak kalau boleh nak letak satu paket cili dekat masakan dia tu ! *fuhh berasap kuali*
6. Mengikut kajian,lidah aku ada genetik luarbiasa <--sila jangan percaya
7. Mana lah aku tau kenapa aku tak tahan pedas. Dah memang Allah cipta aku macamni. So itulah sebab muktamadnya :D
Korang tahu apa cara mengatasi bila dah makan mahkluk mahluk pedas ni? Kalau naktahu cekitaut .zasss !  
1. Memang cari Airlah. takan cari pembaris pulak. Yahh air wajib sejuk tahap bawah takat beku !
2. Kalau takdo ayaq. Air batu pun nyoyot jelah. Asalkan sejuk !
Korang tak pernah kan rasa pedas sampai ke otak? *whoaa bunyik gilababeng kan* Ha aku dah selalu dah kena. Macamana rasanya? Lidah kau akan rasa pedas yang memang tahap gila, sampai mata berair, hingus mencair, air liur kau mencair juga dah tak berhenti ada dalam mulut kau, then dekat kepala rasa macam bisa gila. Tu paling maksimum gua pernah terjebak lah. Paling minimum pedas biasa je, Bahagian tengah-tengah pedas aras telinga. Pun korang tak pernah rasa kan. 

Kesimpulannya atas semua pengomelan aku yang korang tak baca ni. *maybe, err sesetengah* . Aku tak suka PEDAS. Jadi kalau siapa-siapa jadi bini aku ke, nak ajak makan warung mamak 5bintang ke. Jangan recomen aku benda pedas ni. Kompem gua balik dulu , kau makan lah makanan aku tu sorang-sorang ngadap muka mamak tu. :P

Notakaki: Entry aku tak panjang, cuma tulisan je saiz besar. Tu yang nampak panjang :) Lagi satu aku baru tukar Font-Family, dulu pakai Allerta, sekarang pakai Terminal Dosis :D Okay tak?



Sebab Air Cool Blog, Kedai Kau Rugi.

WRITTEN BY : Arep Skema TIME : 1:08 PM TOTAL COMMENTS : 4
Elehh. eee.. apa punya kedai lah macam ni. Itu tak boleh ini tak boleh. Bukannya boleh bankrup pun. Setakat benda kecik je. Ha ni lah aku nak cerita. Benda ni terjadi minggu lepas kod.ke 2 minggu lepas. Lupa pulak. Tapi yang penting mesti dah lepas lah, kalau tak lepas buat apa aku nak cerita. kan .

Masatu hari sabtu, aku pergilah jalan-jalan dekat Summit Parade. Bosan kan, lagipun lepas exam, so release tension lah kononya. *konon je* . Tambahan pula nak belikan barang untuk seseorang. So itulah masanya kan. Jadi saya pergi tu dengan kawan lah. Cuma berdua. Mulanya nak pergi sorang je, tapi pikir balik baik bawak kawan sorang, takut nanti jadi pape pulak *bukan pengecut, jaga keselamatan*. Jadi ni pendekan jelah cerita, aku cerita point point yang berkaitan tajuk  je. 

Bila dah round-round Summit tu, mestilah penat kan. Haus. So kitaorang pergilah beli Cool Blog sorang satu bayar sendiri.  Semasa  jalan jalan tu mestilah singgah menyinggah ke kedai ke kedai kan. 

Nak dijadikan cerita, kawan aku ni masuk lah satu kedai, kedainya aku taknak cakap lah kedai apa, tapi masa tu kawan aku ada minat something dalam kedai tu, nak belikan untuk awek dia. So masuk lah kan, takan tengok dari luar je. Bila dah masuk.  Terus straight to the point lah kawan aku ni, terus dia tengok barang tu, lepas tu tak semena-mena entah datang makhluk dari mana tah. Dia cakap ''Air tak boleh bawak masuk sini,'' . Aku dah pelik, tapi aku biarjelah, aku pun lalu depan dia, aku cakaplah ''Sorry'' sambil senyum lah tanda hormat dan bersalah.

Tapi yang aku berang gila dengan orang tu, aku rasa tokey kedai tulah. Perempuan. Bila aku dah cakap macam tu sambil senyum, dia tak respect kat aku langsung. Siap dia jeling aku sambil buat muka tak puas hati. Dalam hati aku cakap ''boleh tahan juga orang ni,macam tak puas hati pulak'' . Aku taulah aku salah sebab bawak air dalam kedai kau tu yang tak seberapa tu. Tapi kasi lah senyum sikit ke. Cakap ''takpe'' ke . Ini tak, makin buat muka, aku macam simbah je air CoolBlog aku tu kat muka dia. *macam je*

Member aku bengang terus dia keluar juga, kawan aku tu siap cakap ''kedai macamni pun takboleh bawak air masuk, bukannya ada pape pun!'' Haha sengal tokey kedai tu. Aku rasa kawan aku nak beli barang kat kedai dia tu masatu, tapi dah macamtu situasi nya. Terus tak beli. Padan muka kau amoi, orang nak kasi duit, tapi kau taknak, kan dah rugi ! Setakat kedai macamtu, air pun takboleh bawak masuk. Lainkali letak lah signboard sebesar gajah dekat pintu masuk tu siap kasi suara bagai. Lampu lip lap. Biar orang nampak. 

Ada kedai macam takde kedai lah moii. Pandai jada lah. Lagi satu, kalau nak pelanggan datang, muka tu kasi makeup tebal tebal. Lepas tu buat muka happy. Jangan buat muka bengis mintak tong gas !

-serik aku, taknak lagi masuk kedai kau lagi !

- Yahh   untuk you amoi !